Jumat, 28 Desember 2012

cinta bukan milik kita

Bismillahirrahmanirrahim..,
Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan adalah agar semuanya berkesudahan dengan Happy Ending ,,,iyakan? Namun,sebelum tiba di garisan penamat adakalanya berakhir dengan...
"..kita berpisah.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."
Sebagai manusia kita hanya merancang dan Allah juga Yang Maha Merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )
Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:
- Hubungan yang diredhai sudah halal (sudah nikah).
- Hubungan belum halal (belum nikah lagi).
Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan untuk kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti akan tersungkur jatuh. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.
Cinta bukan milik kita.
Sebab bukan milik kitalah, kita tidak mampu untuk meraih sepenuhnya.
Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta.
Gapai cinta_Nya melalui konsep Tawaqqi.
Means, hubungan belum halal (sebelum nikah ) sememangnya belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cinta_Nya.Jika berlanjutan hingga ke pelaminan, itu kerana Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta sentiasa bersedia; kerana ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa hubungan sebelum halal masa silam kalian.
Namun jika tidak berjaya hubungan itu, bermakna Allah hendak kamu kembali muhasabah diri. Hilangkan halangan yang menjadi hijab di antara kamu berdua dengan kecintaan kepada Allah. Ya, andai kesedihan yang kita rasakan dipermulaanya ,, itulah kaffarah dosa2 masa lalu.
Yang sudah berumahtangga , tarbiyyahlah pasangan utk sama2 menjaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah akan berkekalan hubungan itu.
Jika diuji dengan kesusahan ,kemiskinan, kecelakaan dan musibah ,ambillah hikmah disebalik apa yg terjadi. Aneh jika tidak diuji sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita merasai bahagia bersama-sama walaupun cuma sebentar.

Fahami konsep Tawaqqi.

Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan."
Manakala Saiyidina Umar mengatakan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."

Jangan terlalu lama dalam kesedihan kerana Cinta itu milik Allah. Hari ini ALLAH ambil rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga hatinya tidak mencintai kamu.

Namun, mungkin esok atau lusa Allah anugerahkan rasa cinta yang lebih sempurna dalam hati 'sidia' seseorang yang ALLAH sediakan untukmu dan adalah orang yang Tepat untuk kamu...insyaAllah ...

Andaikan semalam kamu berjalan dengan tidak berhati-hati.
Maka hari ini dan esok, Janganlah sampai terpijak onak dan duri dijalanan yang sama. Jangan diambil lagi serpihan kaca yang berserakahan dijalanan dan melukai kamu.

Buka pandangan mata, buka mata hati ,perbuat semuanya dengan iman dan tawaqqi.
Akhirnya, ' akan kamu jumpai permata ' yang sebenarnya yang telah ALLAH pilihkan untukmu....InsyaAllah ...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar